Alhamdulillah,hari ini Allah beri kesempatan waktu untuk ana menulis.Ana akan gunakan masa ini sebaik mungkin.InsyaAllah.Ana kini sedang baca sebuah novel karya Faisal Tehrani berjudul Tuhan Manusia.Karya ini memberikan ana banyak fakta tentang ajaran sesat yg lain yg baru diwujudkan yg kini menyerang semua umat Islam terutama remaja yang tidak begitu terdedah kepada pengetahuan ini yang dapat memberi perlindungan ketika menghadapi cabaran kehidupan yang maha dahsyat sehingga ada yg kalah dalam perjuangan.Nauzubillah.
Dalam karya ini memberikan ana ilmu dan kesedaran bahawa setiap umat Islam sentiasa perlu bersedia agar tidak mudah runtuh akidahnya.Setelah ana membaca karya ini,ana sedar dalam menempuh kehidupan dunia ini kita semua perlu mempunyai ilmu.Untuk menguatkan cinta kita kepada Ilahi juga kita perlu mempunyai ilmu kerana ia akan membawa kita kepada suatu pemahaman yg mendalam tentang agama Islam.Allah juga berfirman bahawa sesuatu amalan itu adalah sia-sia jika dilakukan tanpa ilmu.Oleh itu,perlulah kita berusaha menambah ilmu di dada agar mendapat keredhaanNya.
Keperluan ilmu ini amat penting sehingga Rasulullah S.A.W juga mengingatkan umatnya agar menuntut ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad.InsyaAllah,kita sama-sama dapat melaksanakan tuntutan Al-Quran dan Hadis agar sentiasa kekal di jalan yang lurus iaitu jalan yang benar menuju Allah.
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ?
-Surah At-Taubat ayat 111
-Surah At-Taubat ayat 111
No comments:
Post a Comment