Setelah beberapa hari ana tidak sempat menulis dalam blog ini kini,Alhamdulillah,ana diberi kesempatan dan ilham untuk menulis di dalam blog ini.InsyaAllah,kesempatan waktu yang diberikan ini akan ana luangkan sebaik-baiknya.
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda supaya umatnya menuntut ilmu sejak dari dalam buaian hingga ke liang lahad.Hal ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu kepada seseorang khususnya dan kepada masyarakat amnya.Penerokaan ilmu ini jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan dilakukan secara berkumpulan atau dalam masyarakat akan memberi manfaat kepada semua dan dapat membangunkan kualiti hidup masyarakat.Selain itu,sesebuah masyarakat akan lebih berdaya saing dan gemilang di mata dunia.
Kebanyakan ilmu yang dapat memberikan pembangunan kepada diri ini pada zaman ini ditumpukan pada ilmu sains dan teknologi.Sains adalah kajian mengenai kehidupan di dunia ini dan menunjukkan ia adalah kajian untuk meningkatkan lagi ketaqwaan seseorang kepada Allah dengan bukti yang wujud di dunia ini.Kita sebagai umat islam telah punyai panduan yang telah dikurniakan Allah untuk menjadi umat yang gemilang di dunia ini iaitu Al-Quran.Jika ilmu Al-Quran dapat dibongkar maka kita akan menjadi umat yang berjaya bukan sahaja di dunia malah juga di akhirat.InsyaAllah.
Oleh itu,marilah kita semua umat Islam supaya mengkaji dan mendalami segala ilmu di dunia ini agar kita dapat menaikkan Islam seperti Zaman Kegemilangan Islam dahulu.Kita tidak boleh membiarkan kita tertinggal jauh di belakang dan membiarkan sahaja umat manusia yang bukan Islam menerokai Al-Quran dan menjadi gemilang di dunia ini sehingga kita tertindas walaupun menjadi umat majoriti di dunia ini.Marilah kita berjihad agar kita sebagai umat Islam dapat menawan semula kegemilangan di dunia ini dan mendapat keredhaanNya.InsyaAllah.
Orang yang berakal itu orang yang dapat mengawal segala sifat-sifat mazmumah
- imam As-Syafie -
- imam As-Syafie -
Ya2!
ReplyDeleteSesungguhnya byk Ilmu belum diterokai oleh umat ISlam..
Umat ISlam perlu jadi Pejuang Jihad yang dahagakan titisan Ilmu, berani menghunus hujah2 intelek, Menikam Dakwaan kolot kafir, dan Menghentam durjana fitnah barat sampai mati!!
Umat Islam perlu menerokai ilmu berlandaskan Al-Quran dan sunnah.Mencari ilmu sebagai hujah menentang kekafiran dan menentang fitnah barat.Jika tidak,usaha org bukan Islam dlm memecahbelahkan Umat Islam akan berjaya.
ReplyDeleteOleh itu,ilmu perlu diterokai,
pendedahan perlu diberi,
supaya umat Islam boleh berdiri,
tanpa goyah iman di hati...