Radio Nasyid.fm


Carta Nasyid.FM = jam 10.00pm,Rabu

Tuesday, May 27, 2008

Pembinaan Rohani

Salam Ukhwah...

Alhamdulillah,syukur kepada Ilahi kerna kita masih dipinjamkan olehNya nyawa dan segala nikmat di dunia ini.Bersyukurlah atas segala kurniaannya kepada kita dan ingatlah segalanya yg dikurniakan ad hikmah dan tujuannya.Mungkin ia satu ujian dariNya atau satu kelebihan untuk kita.Sama-samalah kita memperingati sesama kita.Insyaalllah kita di bawah petunjukNya.

Kebaikan setiap amalan adalah dari niat dan niat datangnya dari hati.Oleh itu,utamanya di sini adalah hati.Hati menunjukkan peribadi kita.Jika hati kita bersih,maka perbuatan yg lahir darinya adalah kebaikan dan jika hati kita kotor maka kita akan ke arah kemungkaran.Jadi,dalam pembentukan rohani yg baik adalah bermula dari hati.

Pertama,sekali haruslah kita sentiasa mengingati Allah kerana ia dapat mengelakkan diri kita dari terjerumus dalam kemaksiatan.Insyaallah,dengan ingatan yg kukuh terhadap Allah kita akan lebih berhati-hati dalam setiap amalan yg kita kerjakan.Berdoalah agar segala amalan kita di dunia ini diberkatiNya.

Seterusnya,kita perlu berbaik sangka dalam setiap apa yg berlaku dan kepada semua manusia di sekeliling kita.Nernaik sangka akan sentiasa membawa kepada perubahan yg baik kerana tiada tindakan terburu-buru yg boleh menyebabkan orang lain terasa hati dan menimbulkan bibit-bibit pergaduhan.Berbaik sangka membolehkan masyarakat sentiasa berada dalam keadaan aman.Jika berlaku sesuatu masalah,kaedah musyawarah adalah lebih baik untuk mencari penyelesaian.Bukan hanya berburuk sangka kepada orang lain atau menuduh orang lain.

Insyaallah,dengan sedikit ilmu yg dikongsi ini dapat memperbaiki diri kita yang sedang mencari keredhaan Allah di dunia ini untuk memperoleh kebahagian di akhirat kelak.Berdoalah kepadaNya agar berkekalan hidayahNya di hati kita dan moga berkembang lagi hati-hati yg beriman ini di dunia ini.Insyaallah....


Hendaklah akalmu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua...,
sebab setelah kamu menjadi ketua,tiada jalan lain bagimu mencari pengetahuan
- Imam As-Syafie



No comments:

Post a Comment