Radio Nasyid.fm


Carta Nasyid.FM = jam 10.00pm,Rabu

Monday, May 26, 2008

Kekuatan dalam Ibadah

Salam Ukhwah...

Adakah suatu ketika anda merasakan anda bagai putus semangat?Pabila anda sudah berusaha namun tetap gagal,pabila segala sudah dicuba namun hati tidak berpuas hati.Mesti ada walaupun tidak sepanjang masa namun ada seketika anda akan berasa begitu.Kita sebagai Khalifah di muka bumi in harus sedar bahawa di dunia ini kita ada tugas iaitu untuk beribadah kepada Allah.Firman Allah dalam Al-Quran maksudnya;Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah aku;Namun dapat kita lihat hari ini telah berlaku pelbagai maksiat dan kemungkaran.Segala dosa dilakukan tanpa segan-silu.Kemana perginya segala ajaran Islam yg menyuruh kita mengamalkan yg makruf dan meninggalkan yg mungkar?Ana juga tidak begitu sempurna.Marilah kita sama-sama tingkatkan kualiti diri agar mendapat keredhaan Allah dalam apa jua ibadah dan amalan yg kita lakukan.

Jika kita ingin sentiasa mempunyai semangat untuk melakukan apa yg disuruh Allah dan meninggalkan laranganNya,kita perlu sentiasa ingat tiga perkara ini:Dari mana kita datang?Apa tujuan kita dicipta?dan Ke mana kita akan pergi selepas ini.Insyaallah,kekuatan untuk terus memperbaiki diri akan bercambah di dalam hati.

Kita perlu ingat bahawa segala amalan datangnya dari hati.Jika hati ikhlas,maka segala amalan akan dibantu oleh Allah dan mendapat keredhaanNya.Pokoknya,jika kita mahukan perubahan dalam diri kita perlulah kita bersihkan hati.Dekatkan diri dgn Allah,perbanyakkan zikrullah dan istighfar dan banyakkan bertaubat kepada Allah.Insyaallah,hati kita akan bersih.Yang penting adalah keikhlasan dalam melakukan sesuatu amalan...

Semoga kita dapat sama-sama membersihkan diri dari dosa dan noda di dalam dunia ini dan membangunkan semula kegemilangan Islam.

Tujuan agama yg benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yg mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya - HAMKA

No comments:

Post a Comment