Salam Ukhwah,
Setelah sebulan lebih ana meninggalkan blog ini,bukan kerana malas tetapi kekurangan waktu dan sedikit sebanyak ada perkara yang membuatkan ana tak sempat meng-update blog ni.Atas kesempatan waktu yang ada dan di bulan Ramadhan yang mulia ini,ana terfikir akan kelebihan yang ada pada bulan ini ada kesan yang bakal diberikan jika ibadah yang dilakukan itu ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Sesungguhnya bulan Ramadhan ini adalah sebagai sebuah madrasah yan boleh mengajar dan membentuk diri menjadi muslim mukmin.Di bulan ini,semua individu berpusu-pusu melakukan amalan kebaikan,solat terawih,solat dhuha dan solat sunat yang lain,tadarus Qur'an dilakukan.Tetapi alangkah ruginya jika kita melakukannya kerana hendak menunjuk-nunjuk atau melakukannya sebagai amalan rutin pabila Ramadhan menjengah tiba.Lagi rugi jika amalan yang dilakukan di bulan Ramadhan ini dihentikan pabila bulan Ramadhan berlalu.
Oleh itu muslimin dan muslimat,dalam bulan ini lakukan amalan dengan seikhlas hati,tetapkan azam untuk bulan Ramadhan dan tanamkan azam untuk beristiqamah melakukannya sehingga menjelma bulan Ramadhan yang akan datang agar Ramadhan yang bakal menjelang dapat ditingkatkan amalan dan Ramadhan yang dilalui sekarang tidak disia-siakan.InsyaAllah...
Wassalam....
Radio Nasyid.fm
Saturday, September 6, 2008
Subscribe to:
Comments (Atom)