Radio Nasyid.fm


Carta Nasyid.FM = jam 10.00pm,Rabu

Wednesday, December 31, 2008

Kenapa???

Salam Ukhuwah...

Sebelum tirai tahun 2008M ini melabuhkan tirai ada terfikir sesuatu yang mungkin anta juga pernah terfikir tentangnya.Tidakkah kita hairan,negara kita dikatakan negara Islam tetapi perayaan yang si sambut oleh umat Islam sepatutnya meriah tidak dilakukan sebaiknya bahkan perayaan lain yang diagung-agungkan?

Kita usah ambil contoh yang susah.Malam ini tahun baru kalendar Masihi tdisambut dengan meriah sekali..Semua tempat dihias cantik terutama tempat konsert dan pelancaran bunga api.Tidakkah kita teringatkan Awal Muharram yang baru beberapa hari berlalu.Sambutan maal hijrah seperti tiada sambutan.Yang ada hanyalah sambutan rasmi yang dilakukan pada pagi 1 Muharram.

Nampaknya di sini kita dapat melihat pemikiran liberal makin meningkat dalam kalangan masyarakat kita.Malah kini kita dapat lihat fahaman Islam dalam kalangan rakyat terutamanya telah pudar malah hampir hilang ditelan waktu.Kita perlu sedar hal ini dan menyedarkan umat Islam untuk meningkatkan fahaman tentang Islam.Orang ramai berkata fahaman Islam sukar dilakukan pada zaman ini tetapi itu hanyalah alasan semata-mata.Itu adalah alasan seseorang yang terlalu menginginkan kebebasan dunia dan lupa apa yang bakal di hadapi pada alam selepas ini.

Marilah kita semua kembali mengangkat Islam di mata dunia.Usahlah kita jadi masyarakat yang ditindas.Marilah kita bersama memajukan ekonomi Islam agar tidak ditindas seterusnya menguasai duinia seperti Zaman Turki Uthmaniyah dulu.Jika mereka boleh lakukan mengapa tidak kita.Yang kita perlu adalah yakin dengan pertolongan Allah dan kita sendiri sama-sama memajukan diri dan membuang sifat mazmumah dalam diri kita.InsyaAllah kita akan berjaya..

Takbir!!!ALLAHUAKBAR!!!

Monday, December 29, 2008

Maal Hijrah 1430H

Salam ukhuwah...

Sudah lama ana tidak menulis di blog ini.Minta maaf sebab ada tiada kesempatan waktu.Itulah,kalau ada satu blog je kan bagus.hehehe...eh,tak baik merungut....Hari ini ada 1 muharram 1430 Hijrah.Selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua.

Bercakap tentang tahun baru,
Ingatkah lagi kita kepada azam yang lepas,
adakah kita berfikir,
baikkah perbuatanku pada tahun lepas,
adakah kita merenung kembali,
kesilapan yang telah kita lakukan,
adakah kita berazam,
tahun baru akan membawa sinar
bukan hanya kepada diri kita,
tetapi saudara kita yang ditimpa kesusahan.
Renungkanlah semua persoalan itu,ramai yang kata jangan kenang kisah yang lalu kerana akan menimbulkan penyesalan dalam diri kita tetapi alangkah bagusnya jika kita merenung diri kita yang dahulu agar kita dapat melakukan perubahan yang positif dalam hidup yang akal ditempuhi.

Kita selalu berfikir,apabila kita melihat seseorang yang kaya-raya kita mengatakan kalaulah aku yang jadi dia,Kita sentiasa membayangkan orang lain yang lebih baik dari kita tapi kita tidak fikir apa kelebihan yang kita peroleh.

Ingatlah apa yang kita lakukan di dunia ini ada tujuannya dan janganlah terpesong daripadanya.Sentiasalah bertanya pada diri,dari mana kita datang?untuk apa kita di dunia ini?dan kemana kita akan pergi?Jika kita sentiasa beringat dan memberi peringatan kepada diri kita dan masyarakat,insyaALLAH kita akan membawa perubahan dalam masyarakat kita dan masa depan ummah.

Marilah kita memajukan ummah agar umat Islam kembali bersatu dan mencapai kegemilangan seperti di zaman Kerajaan Turki Uthmaniyah.Ingatlah kegemilangan kita dahulu,marilah kita cuba menggapainya kembali.

MENJANA UMMAH GEMILANG

Saturday, September 6, 2008

Madrasah Ramadhan

Salam Ukhwah,

Setelah sebulan lebih ana meninggalkan blog ini,bukan kerana malas tetapi kekurangan waktu dan sedikit sebanyak ada perkara yang membuatkan ana tak sempat meng-update blog ni.Atas kesempatan waktu yang ada dan di bulan Ramadhan yang mulia ini,ana terfikir akan kelebihan yang ada pada bulan ini ada kesan yang bakal diberikan jika ibadah yang dilakukan itu ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Sesungguhnya bulan Ramadhan ini adalah sebagai sebuah madrasah yan boleh mengajar dan membentuk diri menjadi muslim mukmin.Di bulan ini,semua individu berpusu-pusu melakukan amalan kebaikan,solat terawih,solat dhuha dan solat sunat yang lain,tadarus Qur'an dilakukan.Tetapi alangkah ruginya jika kita melakukannya kerana hendak menunjuk-nunjuk atau melakukannya sebagai amalan rutin pabila Ramadhan menjengah tiba.Lagi rugi jika amalan yang dilakukan di bulan Ramadhan ini dihentikan pabila bulan Ramadhan berlalu.

Oleh itu muslimin dan muslimat,dalam bulan ini lakukan amalan dengan seikhlas hati,tetapkan azam untuk bulan Ramadhan dan tanamkan azam untuk beristiqamah melakukannya sehingga menjelma bulan Ramadhan yang akan datang agar Ramadhan yang bakal menjelang dapat ditingkatkan amalan dan Ramadhan yang dilalui sekarang tidak disia-siakan.InsyaAllah...

Wassalam....

Sunday, June 29, 2008

Kekuatan Hati...

Salam Ukhuwah...

Sejak akhir-akhir ini ana sedikit kesibukan untuk menyiapkan segala dokumen untuk memasuki Universiti Teknologi Petronas.Alhamdulillah,ana ditawarkan ke universiti ini di saat-saat akhir iaitu seminggu sebelum mendaftarkan diri di Kolej MARA Seremban.Keputusan yang telah ana buat adalah berdasarkan pendapat orang ramai dan yang lebih berpengalaman dan juga dengan bantuan Allah swt.

Ana membaca suatu karya yang menceritakan kisah Imam Al-Ghazali.Beliau menyatakan "Keraguanlah yang membawa kepada kebenaran.Barang siapa yang tidak merasa ragu,maka dia tidak memandang,Barang siapa yang tidak pernah memandang,maka dia tidak pernah melihat.Dan barang siapa yang tidak pernah melihat,maka dia akan tetap berada dalam kebutaan dan kesesatan."Ini bermakna pabila kita berfikir daripada keraguan akan membawa kita kepada kebenaran.

Kita sebenarnya haruslah memerhati diri sendiri terlebih dahulu.Sesungguhnya Allah telah menunjukkan bukti keEsaan-Nya di sekeliling kita.Cuma kita yang harus menerokai dan mencarinya agar terbentuk kukuh iman dan takwa di dalam hati.Iman pula menurut Imam Al-Ghazali terbahagi kepada 3 peringkat iaitu peringkat pertama adalah keimanan orang kebanyakan yang bersandarkan kepada taklid semata.Peringkat kedua ialah iman mutakalimin iaitu keimanan seperti para ahli kalam dan falsafah yang didasarkan kepada logikal ataupun masuk di akal.Peringkat ketiga ialah keimanana orang-orang 'arifin iaitu menyaksikan apa yang dipercayainya secara langsung.Kita haruslah berusaha untuk mencapai tahap iman di peringkat ketiga agar iman kukuh di hati dan tidak goyah apabila didatangi dengan idea-idea yang liberal.

InsyaAllah dengan keimanan yang kukuh dan kegigihan untuk mendapatkan kebahagiaan di akhirat,kita akan memperoleh keredhaanNya dan tetap cekal menyampaikan amar makruf dan nahi mungkar yang menjadi tanggungjawab kepada setiap umat Nabi Muhammad S.A.W.

Wassalam...

Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman
dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.
Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,
tetapi akal menyuruh menimbang.
(Hamka).

Monday, June 23, 2008

Di suatu persimpangan...

Salam Ukhuwah...

Syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia-Nya ana telah menerima rezeki untuk melanjutkan pelajaran ana ke suatu pusat pengajian yang ana impikan tetapi apabila dalam membuat pilihan ana harus memilihnya dengan baik.

Dalam membuat satu pilihan yang tepat perlulah mendapat pandangan dari orang yg lebih mengetahui.Ilmu yang diperoleh menjadi panduan kepada pemilihan tersebut.Kepentingan ilmu itu diutamakan kerana ilmu dapat memberikan kefahaman kepada seseorang dalam menentukan hidup.Dikatakan pengalaman adalah guru yang bermakna.Maka dengan pengalaman kita memperoleh sesuatu ilmu.Namun,kepentingan Al-Quran juga tidak boleh diabaikan.Al-Quran menyatakan jika kamu tidak mengetahui sesuatu maka tanyalah kepada orang yang lebih mengetahui.Dan yang paling penting adalah beristikharah.Bertawakal kepada-Nya kerana Dia yang Maha Mengetahui apa yang baik untuk hambanya.

Pabila berlaku suatu pilihan,usahlah terburu-buru.Kita perlu melihat dari segala segi dan keyakinan kepada takdir yang telah Allah tetapkan perlulah kuat.Jika keputusan diperoleh dari rahmat Allah,InsyaAllah segala keputusan yang dibuat itu sukar menjadi penyesalan.

Kekuatan hujah seseorang adalah pada ilmunya. Dengan ilmu maka terangkatlah
martabat seseorang mahupun di mata masyarakat dan juga agama
tetapi usah riak dan takabur,kelak mebunuh diri sendiri...

Monday, June 16, 2008

Syabab(Pemuda)

Pabila Al-Quran ditinggalkan,
As-Sunnah tidak diamalkan,
Maka goyahlah iman di hati,
Nafsu terus memimpin diri,
Logik akal diikuti,
Syariat diubah sesuka hati,
Hasutan dan fitnah barat akan menguasai,
membentuk agama yang nampaknya sempurna,
akan tetapi hakikatnya rosak binasa,

Wahai pemuda harapan agama,
kenapa kamu meletakkan nafsu sebagai ketua,
sedangkan kau tahu,
Ia bakal merosakkan iman juga minda,
Tidakkah kau berfikir
anugerah Ilahi sekeliling kamu
memberi peringatan kepada kamu
terhadap yang Maha Satu.
Kenapa biarkan diri ke lembah hina?
sedangkan kamu tahu ia bakal membinasakanmu

Bangkitlah wahai syabab,
Jangan biarkan diri dibinasa
oleh kehidupan dunia semata
jangan biarkan keseronokan menguasai diri
kelalaian membawamu ke suatu tempat yang tak tentu,
Syabab,mari kita bangun,
menyedarkan semua yang lalai,
sebelum datangnya hari yang tiada taubat
Iaitu hari kiamat,
jangan biarkan yang lain leka,
apa patut dijawab jika ditanya,
apa yang kamu lakukan untuk mempertahankan agama Allah?
Marilah kita bersatu,
lakukan sedaya mungkin,
Bangkit berjihad dalam apa jua bidang,
Agar kekuatan Islam kembali,
Dengan Ummah yang penuh kesedaran...

Tuesday, June 10, 2008

Tafakur dan Tasyakur

Salam ukhuwah...

Islam telah lahir untuk membimbing manusia ke jalan yang benar.Maka pelbagai bukti dan fakta telah wujud di hadapan kita bagi membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang menyeluruh dan meliputi kehidupan bukan agama semata-mata.Oleh itu,kita perlu mencari petunjuk supaya keimanan kita dan ketaqwaan kita tetap kukuh.

Antara alam sekitar dan manusia,kita saling berkaitan.Semuanya adalah makhluk Allah.Allah menciptakan makhluk-Nya tidaklah sia-sia.Semuanya ada tujuannya yang tersendiri di dunia ini. Dalam Al-Quran terdapat antara kandungannya ialah Tafakur bermaksud perenungan terhadap ciptaan Allah yang maha menakjubkan di alam semesta (dinamakan sains).Di dalam Al-Quran terdapat juga perkataan tasyakur iaitu pemanfaatan nikmat serta kurniaan Allah dengan menggunakan akal yang waras serta mematuhi batas-Nya sehingga nikmat itu bertambah(yang dinamakan orang sebagai teknologi).

Hal ini telah menunjukkan bahawa betapa pentingnya penguasaan ilmu sains dan teknologi.Allah telah memberikan kita akal untuk memikirkan kejadian di langit dan di bumi.Kejadian inilah yang memberi kita idea pembangunan ilmu sains dan teknologi dalam masyarakat di zaman globalisasi ini.Sebagai contoh,tiupan angin berasal dari perbezaan tekanan antara kawasan yang berbeza.Hal ini kita ketahui daripada ilmu sains yang telah dipelajari.Pelbagai lagi contoh yang dapat kita fikirkan di sekeliling kita yang menunjukkan bukti ke-Esa-an Allah.

Ilmu akan membawa kita kepada pembangunan ummah yang gemilang dan dapat menangkis segala ancaman dari orang bukan Islam yang merancang pelbagai strategi untuk meruntuhkan ummat Islam.Ketaqwaan kita akan bertambah jika kita menambah ilmu berkaitan yang maha Esa.Dengan ilmu,kita akan dapat berhujah dan mempertahankan kebenaran yang telah tertulis dan juga menangkis hujah-hujah sekularisme yang kini menular dalam masyarakat.Kita perlu lihat semula kepada sejarah yang terdahulu agar dapat mengambil segala pengajaran yang telah tercatat dan tidak mengulangi kesilapan lagi.

InsyaAllah,pabila penguasaan ilmu sains dan teknologi ini dikuasai oleh ummat Islam maka Kegemilangan Islam dapat dikembalikan dan penindasan terhadap Umat Islam akan hilang.

Wassalam...


"Andai kota itu peradaban,rumah utamanya haruslah budaya tiang serinya
hendaklah agama dan agama itu mestilah berlandaskan tauhid"
dipetik dari novel Tuhan Manusia karya Faisal Tehrani